Monday, 19 December 2011

Famous lah Sangat

Sekarang ni tengah hot isu seorang mahasiswa IPTA turunkan bendera yang tertera gambar PM kita. Gua tak nak sentuh hal mamat tu buat apa tapi gua nak cita yang mamat tu boleh jadi retiss .

Gua boleh kata kat mamat tu , " Perghhhh , lepas ni famous lah ko bro !!! "

Kenapa gua cakap mamat tu boleh famous ?

Dalam beberapa saat selepas mamat tu keluar Pesebuk ke keluar Telebisyen ke, dalam beberapa saat tu jugaklah confirm terciptanya page pasal mamat tu.

'1 Juta rakyat mahu mamat tu mohon maaf '

'Mohon mamat tu sedar diri tak macho,pergi shopping KLCC'

'Kami mahu mamat tu pergi berambus ke Uzbeskitan , GoheadGostan , Tanjung Rambutan , i-Setan'

Apa yang pasti , mamat tu boleh bangga dengan diri sendiri sebab ada orang lain tolong buat page pasal diri dia dalam Pesebukk. Bukan senang nak famous-kan diri sendiri dalam pesebukk melainkan kau pakwe fasha sandro , balak lisa surirumah dan skandal meelofa .

P/S : macam senang kan nak famous .

Monday, 28 November 2011

Assignment lah Sangat

Perghhh . . punya lama gua tak update blog . .

Kali entry pasal assignment . . ringkas saja . . .

Assignment yang sepatutnya boleh siap dalam 30 minit sahaja . . gua ulang sekali lagi . . 30 MINIT SAHAJA !!

Tapi-Apa-Kejadah-Ambil-Masa-Sampai-3-HARI-Mau-Siap !!!

dan ini amat setan . . Persetankan semua itu . . . Hakikatnya gua memang termakan dengan hasutan anasir - anasir luar . .

terutama sekali . . Pesebuk durjana laa punya pasal !!

P/S : ade gak yang 3 minggu mau nye siap koje gua padahal 3 minit boleh siap . . Terbaekk !

Saturday, 5 November 2011

Raya lah Sangat 2

Pabila belakang parang diasahkan lagi tajam ,

Pabila depan parang pun diasahkan memang tajam ,

Pabila tali - tali tersusun rapi ,

Pabila gema takbir memenuhi ruang angkasa tujuh petala langit ,

Pabila lembu - lembu mengembuu tanda sedia berkorban ,

Tandanya menyambut Hari Raya Korban.

Selamat Hari Raya Eiduladha

.

Thursday, 27 October 2011

Bola lah Sangat

Malam tadi macam pesta. Dalam pesebuk dan juga tuwiter meriah. Status dan komen tak putus - putus timbul. Waihh. Macam sambut menantu nampaknye. Dammnn. Memang. Gua akui bukan senang nak tgk Manyur United ni kena belasah. Tempat sendiri pulak tu. Ibarat bagi pembenci - pembenci pasukan Manyur United seperti mereka - mereka dapat apa ? Dapat belakon dalam filem razak mohaideen. Tapi macam tu lah. Kadang - kadang gua pikir , cakap dalam hati ;

"Manyur asyik menang je ni. Bosan seyh. Bila nak kalah nii ? "

At last , Manyur kalah macam lauk sayur kailan ikan masin. 1 gol berbalas 6. 1 - 6 !!

Dan kesempatan ni jugaklah member gua sejak dari matrix tepon di kala wisel penamat. Selama ni tak pernah - pernah tepon gua tapi arini dengan semangat , kelantangan suaranya bergelak ketawa dan bersuka ria di kala kekalahan Manyur United.

"Terettetttetetttt" Panggilan masuk.

Gua disapa dengan satu sorakan ketawa.

"Hahahahahaha dan Hahahahahaha" Cilakak. Ada 'dan' disitu.

"Lauk weih lauk. Lauk !! " Sambungnya lagi.

Gua senyum je. Rilek - rilek.

"Alhamdulillah Zack . Alhamdulillah. " Jawab gua.

"Aik ? Hang duk bersyukur Manyur kalah ka ? "

"Alhamdulillah. Ingat jugak hang kat aku bila Manyur kalah. Jimat kredit aku daripada nak tepon tanya khabar hang. Alang - alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke ketiak Zack. Sihat ka ?"

Panggilan tadi terus dimatikan.

Oke. Kadang - kadang cara/alasan ni boleh jugak digunakan untuk berhubung semula dengan kawan lama.

Berguna bukan ?

.

Friday, 14 October 2011

Cita - cita lah Sangat

Entry kali ni gua nak mengimbau kembali zaman kebudak - budakkan. Weih , jangan tipulah kalau korang tak pernah ada lebih daripada satu cita - cita. Zaman gua tingkatan satu dulu :

" Mat Tempe , cita - cita kamu nak jadi apa ? " Tanya cikgu gua .

" Saya nak jadi polis ! Boleh tembak orang ." punya semangat jawab.

" Minah Jangok , kamu nak jadi apa ? "

" Saya nak jadi misi . Eah2, nurse ! Best cucuk jarum. " Padahal takut jarum minah ni.

" Sazalo , kamu pula ? "

" Saya nak jadi ahli bina badan ! "

" Rozmey , kamu ? "

" Saya nak jual jusmate 5 cikgu ! " kah kah kah . . .

Sampai giliran gua  . . .

Saturday, 8 October 2011

Kelas lah Sangat

Satu hari di mana suasana dalam kelas , pabila bunyi aircon  lagi kuat daripada suara lecturer , minda dah ke laut. Laut mana ? Lautan khayalan. Jari pun mula lah nak putar pen , kaki pun mula lah hentak² lantai , anak mata pun mula lah kena tutup dengan kelopak mata tapi lubang hidung sentiasa terbuka luas menghirup oksigen - oksigen kurniaan Allah s.w.t. Haihhh.

Lecturer gua hari ni ada sentuh pasal Bahasa. 2013 nanti kena ajar dalam bahasa melayu la ape la bla bla bla. Ya . Bahasa jiwa bangsa. Bahasa jugak lah yang kita gunakan untuk berkomunikasi bagi yang sempurna panca inderanya. Lain kes bagi orang yang tidak berkeupayaan. Pabila sesi pengajaran kelas berlaku macam ni :

"Bahasa Melayu dahulu merupakan bahasa lingua fran . . ?"  Tanya lecturer gua.

"caaaaaaaaaaaaaaaaa"  Budak - budak kelas gua sambung jawab. Kuat pulak tu.

"Kalau kita lihat sekarang , Bahasa Inggeris mula menjadi bahasa pengan . . . . "

"tarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr"  Punya panjang diorang ni jawab. Kalah budak darjah 4.

bla bla bla , pot pet pot pet , bla bla bla . .

"Kesimpulannya , kita dapat lihat di sini bahasa sememangnya merentas . . . "

"DESAAAAAAAAAA"

Cilakak. Pecah perut. Berair mata. Segala perasaan ketawa membuak-buak.

P/S : Gua rasa budak yang jawab tu memang selalu menang acara kejar mengejar dengan cikgu zaman sekolah berhingus dahulu kala .

Saturday, 24 September 2011

Soalan lah Sangat

Pernah tak korang diajukan soalan yang memerlukan kesungguhan, istiqamah, keiltizaman, kegampangan, dan perah otak gila - gila untuk jawab ? Kalo korang tanya gua, gua pernah. gua PERNAH beb !

Waktu itu waktu malam. Dalam lepas isyak. Lepas gua wirid, doa mintak ampun maaf, mintak dimurahkan rezeki dan mintak jodoh cepat, terus gua capai laptop then bukak pesebukk. Dah on. Bukak Musang Api. Masuk pesebukk.com. Pantang kuar status baru , LIKE gua tekan. Maaf kepada fren - fren gua yang kena LIKE statusnya. Tengah - tengah syiokk LIKE status - status mangsa gua ;

* tettteretttetttettttetretttt . . . .

Monday, 12 September 2011

Semester Baru lah Sangat

Oke.

Semester baru. Azam baru. Awek baru. Kalau boleh semua nak baru. Tapi jangan nak semua baru sangatlah. Ingat - ingatlah sikit pada yang lama. Gua tengok member - member beli barang baru. Terbaikkkk. Bukak semester baru macam sambut Hari Raya , beli barang baru. Ada apa hal ? Hak diorang. Gua nak ucap selamat jaga lah barang  korang yang baru tu.


Bila semester baru ni , memang patut korang ushar adik - adik junior yang baru masuk nih. Bukan ape. Sudah lumrah manusia suka benda/orang baru. Ushar je. Kalo rasa nak tackle, tackle-lah kome. Gua cadangkan sliding tackle terus. Baru syiokk.


Senior - senior pun masa ni memang terbaik untuk menunjukkan keperihatinan korang. Punya baiklah kan sampai kepala paip rosak yang patut plumber baiki , korang punya nak tunjuk hero pi baiki gak. Bak kata pepatah , like rat fixing the pumpkins.


Senior lah sangat. Konon.


 

Sunday, 4 September 2011

Raya Lagi lah Sangat


Raya , raya dan raya lagi.


Seperti biasa , raya tahun ni sama saja seperti raya tahun - tahun sebelumnya. Acara wajib dah dapat gua agak. Memang tak boleh tinggal. Raya anda pasti suram tanpa 'benda' tersebut. Gua pasti. Sure. Yakin Boleh. 101% gua konfiden.


Acara wajib yang gua maksudkan bukan lagi duduk sila beramai - ramai makan mengunyah ketupat palas ketupat nasik sambil mengumpat walhal baru je mintak maaf tadi dan bukan lagi acara masa terpantas habiskan kuih raya dalam bekas kuih.

Monday, 29 August 2011

Selamat Hari Raya lah Sangat

Gua malas nak taip panjang. Bacalah sementara diberi lagi kebolehan untuk membaca. Baca diam2. Baca dalam hati. Gua taknak tanggungjawab kalau Mak Cik Peah dan Pak Meon sebelah rumah korang marah baca kuat2. Oke.

Klik lah untuk view besar sangat


S  H  R  M  Z  B


Friday, 26 August 2011

Jalan dan Raya

Hah ! Asal bukak radio , lagu raya yang gua dengar. Masuk je kedai pakcik Jakol, Kamder dan Saleeng Aziz, lagu raya jugak jadi santapan telinga. Hakikatnya gua jelak dengar lagu raya. Sebab apa ? Tahun ni gua puasa penuh 30 hari di rumah . Feeling lain. Tak merasa macam di perantauan macam mereka - mereka yang posing maut dalam newspaper Hairan Metrol dan Berita Hairan. Rasa menyesal pulak dulu zaman kecik berhingus tak mengaji pandai2. Apapun gua bersyukur ke hadrat illahi dapat berpuasa di rumah. Wallet pun maintain tebal.

Dah nak dekat raya ni jugak lah kereta banyak atas jalan raya. Kereta - kereta yang ber-platkan 'W' , 'A' , 'J' , 'P' dan 'B' mula memenuhi jalan - jalan raya walaupun beberapa ribu ratus jam minit saat nak raya.

Jalan sana jam. Jalan sini jam. Jalan situ jam. Jalan sinu jam.

Orang selalu kata sediakan roti dan jem dalam kereta jika jalan jam.

Pekejadahnya ? Gua puasa !

Saturday, 20 August 2011

Mukadimah

Di adaptasi daripada bebelan Emmet Muhammad .

Satu hari yang agak tenang. Redup , tak panas , berangin dan sejuk gua rasa. Terima kasih kepada air-con kedai gua buat gua rasa cool senantiasa. Bila kerja di bulan puasa ni ,  feeling lain daripada lain. Bila tengok roti gardenia dah macam pizza pepperoni taruk cheese. Bila tengok choki - choki dah macam ferraro rosher. Bila tengok botol Master Laut (Sea Master) pun dah macam air Seratus Tambah(100 Plus). Dugaan semua nih. Gua sabar. Semua halusinasi dari perut gua yang sampaikan pesanan ke minda gua. Mainan minda semuanya.

- - - - - - - - ****** - - - - - - - - - 

Satu saat , satu ketika , satu masa dan bukan Satu Malaysia, seorang brader muke-macam-nak-mintak-penumbuk masuk ke kedai gua. Tanpa bagi salam dan tanpa senyuman lantas gua sound.

 "Kau keluar balik pastu masuk semula bagi salam ! "

Brader tu terkebil - kebil keluar kemudian masuk semula ke dalam kedai.

"Assalamualaikum"

Gua pun jawab salam. Tak jawab dosa."Waalaikumussalam".
Brader tu tiba - tiba tanya satu soklan cepukcemas kat gua.

"Bro , orang yang eksiden ni makan makanan apa haa ? Makanan apa yang elok untuk diorang ni ? "

Gua terkedu sebentar. Gua pikir positif kat brader ni sebab betul-betul depan kedai gua selepas sebatang jalan dan divider adalah hospital. "Kesian kawan dia eksiden bulan puasa ni", keluh gua dalam hati.

"Bang , orang eksiden ni tak kisah sangat makan apa pun. Asalkan ikhlas beli untuk dia." Gua jawab.

Brader tu dengan muka slumber letak barang - barang atas kaunter.

Thursday, 18 August 2011

Tarawikh

Gua solat tarawikh di surau belakang rumah gua. Nak berjalan pergi surau pun kadang - kadang berpeluh ketiak mau sampai. Kalau malam macam kat kutub utara tak pe lah jugak. Sesudah mandi , gua capai deodorant cap Nvidia Nivea , taruk bedak Dashing sikit macam Remiii Isehak dalam iklan telebisyen tuuu. Bahagian dada dan sixpad gua jadi sasaran bedak. Lepas lengkap berpakaian , gua sarung selipar jepun hijau kehitaman lumut berjalan dengan penuh zikir di mulut.

Sesudah sampai , solat isyak duluuuu. Tok Imam bagi salam. Solat tarawikh pulak. Tok Imam angkat takbir. Gua pun angkat takbir. Baca al-fatihah kemudian surah pendek. Gua dalam hati memang terima kasih kat Tok Imam baca surah pendek2.

Lagi khusyuk gua sembahyang. Tapii ...

Wednesday, 17 August 2011

Pertama Kali

Makan buah durian tersekat di halkum ,
Assalamualaikum . . 


Gua tahu korang nak kata gua lame , lembab ,  tak berkembang , betak (bahasa kelantan yang bermakna = lambat ) sebab baru buat blog tapi apakan daya jodoh gua dengan belogsepot ni baru hari ni gua dapat hidayah dan petunjuk nak buat . Haihh .
Idea dah mai dah

Sekurang - kurangnya dan tak lebih sangat pun gua berjaya buat belog ini . Tahniah diri gua . *clap clap.