Wednesday 4 January 2012

Berharap lah Sangat

Biasanya kubur tempat kita ingat mati. Tapi bagi mahasiswa macam gua , dewan peperiksaan tak ada kaitan pun dengan kubur. Kalo bagi lu orang dewan exam tu macam kubur, lantak korang lah !

Sebelum masuk dewan exam , doa punya bagai. Mintak diterangkan hati , dipermudahkan urusan. Itu bagus. Memang bagus. Tapi kalo setakat berdoa tapi usaha study langsung haprak tarak, baik kau jawab exam soalan objektif tu pakai lekat tahi hidung kau seketul seketul atas borang OMR tu. Tak cukup tahi hidung tambah tahi telinga kau tu ha !

Dan sebagai seorang mahasiswa yang berintelektual , berwawasan dan beriltizam tinggi, setiap kali keluar dewan exam , satu je gua selalu harapkan . . . .

Monday 19 December 2011

Famous lah Sangat

Sekarang ni tengah hot isu seorang mahasiswa IPTA turunkan bendera yang tertera gambar PM kita. Gua tak nak sentuh hal mamat tu buat apa tapi gua nak cita yang mamat tu boleh jadi retiss .

Gua boleh kata kat mamat tu , " Perghhhh , lepas ni famous lah ko bro !!! "

Kenapa gua cakap mamat tu boleh famous ?

Dalam beberapa saat selepas mamat tu keluar Pesebuk ke keluar Telebisyen ke, dalam beberapa saat tu jugaklah confirm terciptanya page pasal mamat tu.

'1 Juta rakyat mahu mamat tu mohon maaf '

'Mohon mamat tu sedar diri tak macho,pergi shopping KLCC'

'Kami mahu mamat tu pergi berambus ke Uzbeskitan , GoheadGostan , Tanjung Rambutan , i-Setan'

Apa yang pasti , mamat tu boleh bangga dengan diri sendiri sebab ada orang lain tolong buat page pasal diri dia dalam Pesebukk. Bukan senang nak famous-kan diri sendiri dalam pesebukk melainkan kau pakwe fasha sandro , balak lisa surirumah dan skandal meelofa .

P/S : macam senang kan nak famous .

Monday 28 November 2011

Assignment lah Sangat

Perghhh . . punya lama gua tak update blog . .

Kali entry pasal assignment . . ringkas saja . . .

Assignment yang sepatutnya boleh siap dalam 30 minit sahaja . . gua ulang sekali lagi . . 30 MINIT SAHAJA !!

Tapi-Apa-Kejadah-Ambil-Masa-Sampai-3-HARI-Mau-Siap !!!

dan ini amat setan . . Persetankan semua itu . . . Hakikatnya gua memang termakan dengan hasutan anasir - anasir luar . .

terutama sekali . . Pesebuk durjana laa punya pasal !!

P/S : ade gak yang 3 minggu mau nye siap koje gua padahal 3 minit boleh siap . . Terbaekk !

Saturday 5 November 2011

Raya lah Sangat 2

Pabila belakang parang diasahkan lagi tajam ,

Pabila depan parang pun diasahkan memang tajam ,

Pabila tali - tali tersusun rapi ,

Pabila gema takbir memenuhi ruang angkasa tujuh petala langit ,

Pabila lembu - lembu mengembuu tanda sedia berkorban ,

Tandanya menyambut Hari Raya Korban.

Selamat Hari Raya Eiduladha

.