Monday 29 August 2011

Selamat Hari Raya lah Sangat

Gua malas nak taip panjang. Bacalah sementara diberi lagi kebolehan untuk membaca. Baca diam2. Baca dalam hati. Gua taknak tanggungjawab kalau Mak Cik Peah dan Pak Meon sebelah rumah korang marah baca kuat2. Oke.

Klik lah untuk view besar sangat


S  H  R  M  Z  B


Friday 26 August 2011

Jalan dan Raya

Hah ! Asal bukak radio , lagu raya yang gua dengar. Masuk je kedai pakcik Jakol, Kamder dan Saleeng Aziz, lagu raya jugak jadi santapan telinga. Hakikatnya gua jelak dengar lagu raya. Sebab apa ? Tahun ni gua puasa penuh 30 hari di rumah . Feeling lain. Tak merasa macam di perantauan macam mereka - mereka yang posing maut dalam newspaper Hairan Metrol dan Berita Hairan. Rasa menyesal pulak dulu zaman kecik berhingus tak mengaji pandai2. Apapun gua bersyukur ke hadrat illahi dapat berpuasa di rumah. Wallet pun maintain tebal.

Dah nak dekat raya ni jugak lah kereta banyak atas jalan raya. Kereta - kereta yang ber-platkan 'W' , 'A' , 'J' , 'P' dan 'B' mula memenuhi jalan - jalan raya walaupun beberapa ribu ratus jam minit saat nak raya.

Jalan sana jam. Jalan sini jam. Jalan situ jam. Jalan sinu jam.

Orang selalu kata sediakan roti dan jem dalam kereta jika jalan jam.

Pekejadahnya ? Gua puasa !

Saturday 20 August 2011

Mukadimah

Di adaptasi daripada bebelan Emmet Muhammad .

Satu hari yang agak tenang. Redup , tak panas , berangin dan sejuk gua rasa. Terima kasih kepada air-con kedai gua buat gua rasa cool senantiasa. Bila kerja di bulan puasa ni ,  feeling lain daripada lain. Bila tengok roti gardenia dah macam pizza pepperoni taruk cheese. Bila tengok choki - choki dah macam ferraro rosher. Bila tengok botol Master Laut (Sea Master) pun dah macam air Seratus Tambah(100 Plus). Dugaan semua nih. Gua sabar. Semua halusinasi dari perut gua yang sampaikan pesanan ke minda gua. Mainan minda semuanya.

- - - - - - - - ****** - - - - - - - - - 

Satu saat , satu ketika , satu masa dan bukan Satu Malaysia, seorang brader muke-macam-nak-mintak-penumbuk masuk ke kedai gua. Tanpa bagi salam dan tanpa senyuman lantas gua sound.

 "Kau keluar balik pastu masuk semula bagi salam ! "

Brader tu terkebil - kebil keluar kemudian masuk semula ke dalam kedai.

"Assalamualaikum"

Gua pun jawab salam. Tak jawab dosa."Waalaikumussalam".
Brader tu tiba - tiba tanya satu soklan cepukcemas kat gua.

"Bro , orang yang eksiden ni makan makanan apa haa ? Makanan apa yang elok untuk diorang ni ? "

Gua terkedu sebentar. Gua pikir positif kat brader ni sebab betul-betul depan kedai gua selepas sebatang jalan dan divider adalah hospital. "Kesian kawan dia eksiden bulan puasa ni", keluh gua dalam hati.

"Bang , orang eksiden ni tak kisah sangat makan apa pun. Asalkan ikhlas beli untuk dia." Gua jawab.

Brader tu dengan muka slumber letak barang - barang atas kaunter.

Thursday 18 August 2011

Tarawikh

Gua solat tarawikh di surau belakang rumah gua. Nak berjalan pergi surau pun kadang - kadang berpeluh ketiak mau sampai. Kalau malam macam kat kutub utara tak pe lah jugak. Sesudah mandi , gua capai deodorant cap Nvidia Nivea , taruk bedak Dashing sikit macam Remiii Isehak dalam iklan telebisyen tuuu. Bahagian dada dan sixpad gua jadi sasaran bedak. Lepas lengkap berpakaian , gua sarung selipar jepun hijau kehitaman lumut berjalan dengan penuh zikir di mulut.

Sesudah sampai , solat isyak duluuuu. Tok Imam bagi salam. Solat tarawikh pulak. Tok Imam angkat takbir. Gua pun angkat takbir. Baca al-fatihah kemudian surah pendek. Gua dalam hati memang terima kasih kat Tok Imam baca surah pendek2.

Lagi khusyuk gua sembahyang. Tapii ...

Wednesday 17 August 2011

Pertama Kali

Makan buah durian tersekat di halkum ,
Assalamualaikum . . 


Gua tahu korang nak kata gua lame , lembab ,  tak berkembang , betak (bahasa kelantan yang bermakna = lambat ) sebab baru buat blog tapi apakan daya jodoh gua dengan belogsepot ni baru hari ni gua dapat hidayah dan petunjuk nak buat . Haihh .
Idea dah mai dah

Sekurang - kurangnya dan tak lebih sangat pun gua berjaya buat belog ini . Tahniah diri gua . *clap clap.