Saturday 20 August 2011

Mukadimah

Di adaptasi daripada bebelan Emmet Muhammad .

Satu hari yang agak tenang. Redup , tak panas , berangin dan sejuk gua rasa. Terima kasih kepada air-con kedai gua buat gua rasa cool senantiasa. Bila kerja di bulan puasa ni ,  feeling lain daripada lain. Bila tengok roti gardenia dah macam pizza pepperoni taruk cheese. Bila tengok choki - choki dah macam ferraro rosher. Bila tengok botol Master Laut (Sea Master) pun dah macam air Seratus Tambah(100 Plus). Dugaan semua nih. Gua sabar. Semua halusinasi dari perut gua yang sampaikan pesanan ke minda gua. Mainan minda semuanya.

- - - - - - - - ****** - - - - - - - - - 

Satu saat , satu ketika , satu masa dan bukan Satu Malaysia, seorang brader muke-macam-nak-mintak-penumbuk masuk ke kedai gua. Tanpa bagi salam dan tanpa senyuman lantas gua sound.

 "Kau keluar balik pastu masuk semula bagi salam ! "

Brader tu terkebil - kebil keluar kemudian masuk semula ke dalam kedai.

"Assalamualaikum"

Gua pun jawab salam. Tak jawab dosa."Waalaikumussalam".
Brader tu tiba - tiba tanya satu soklan cepukcemas kat gua.

"Bro , orang yang eksiden ni makan makanan apa haa ? Makanan apa yang elok untuk diorang ni ? "

Gua terkedu sebentar. Gua pikir positif kat brader ni sebab betul-betul depan kedai gua selepas sebatang jalan dan divider adalah hospital. "Kesian kawan dia eksiden bulan puasa ni", keluh gua dalam hati.

"Bang , orang eksiden ni tak kisah sangat makan apa pun. Asalkan ikhlas beli untuk dia." Gua jawab.

Brader tu dengan muka slumber letak barang - barang atas kaunter.

Teeettttttttt !!!

Bunyi scanner barang masuk dalam sistem komputer.

"Bang , jumlah semua berharga 5 juta rupiah 38 sen JE."

Kemudian , satu pergerakan licik gua dapat kesan oleh brader tersebut. Brader tu cuba untuk berbisik dengan gua. Dengan muka innocentnya satu soalan yang bikin gua cukup terkesima dan panass.

"Bro, mintak tukar plastik boleh ? takder ke plastik hitam ? "

Dah agak. Mukadimah punya baik tapi ending kurang baik.

Haram 'J'.

0 Pengkomenian: