Sunday 4 September 2011

Raya Lagi lah Sangat


Raya , raya dan raya lagi.


Seperti biasa , raya tahun ni sama saja seperti raya tahun - tahun sebelumnya. Acara wajib dah dapat gua agak. Memang tak boleh tinggal. Raya anda pasti suram tanpa 'benda' tersebut. Gua pasti. Sure. Yakin Boleh. 101% gua konfiden.


Acara wajib yang gua maksudkan bukan lagi duduk sila beramai - ramai makan mengunyah ketupat palas ketupat nasik sambil mengumpat walhal baru je mintak maaf tadi dan bukan lagi acara masa terpantas habiskan kuih raya dalam bekas kuih.


Raya anda tidak SAH tanpa cerita A. Razak Mohaideen di telebisyen. Tiap - tiap tahun cerita box-office brader A. Razak Mohaideen pasti pecah panggung TV malah probability yang tinggi boleh memecahkan kaca TV anda juga.


KENAPA tiap kali raya mesti ada cerita beliau dan MENGAPA cerita beliau mesti ada tiap kali raya ?
Gua nak kata masuk dalam rukun hari raya pun tak , syarat - syarat hari raya pun tak. Tepuk dada, tanya kepala otak anda sendiri.


Selamat mengira duit raya.


2 Pengkomenian:

Jom Makan said...

Ya tak ya jugak..bru aq prasan pasal hal ni..raya jek msti ade si apex,ade jek apex msti razak mohdeen pnye cte..

ArFif ImanN said...

Itulah Raya sebenar pada zaman sekarang . .