Satu hari di mana suasana dalam kelas , pabila bunyi aircon lagi kuat daripada suara lecturer , minda dah ke laut. Laut mana ? Lautan khayalan. Jari pun mula lah nak putar pen , kaki pun mula lah hentak² lantai , anak mata pun mula lah kena tutup dengan kelopak mata tapi lubang hidung sentiasa terbuka luas menghirup oksigen - oksigen kurniaan Allah s.w.t. Haihhh.
Lecturer gua hari ni ada sentuh pasal Bahasa. 2013 nanti kena ajar dalam bahasa melayu la ape la bla bla bla. Ya . Bahasa jiwa bangsa. Bahasa jugak lah yang kita gunakan untuk berkomunikasi bagi yang sempurna panca inderanya. Lain kes bagi orang yang tidak berkeupayaan. Pabila sesi pengajaran kelas berlaku macam ni :
"Bahasa Melayu dahulu merupakan bahasa lingua fran . . ?" Tanya lecturer gua.
"caaaaaaaaaaaaaaaaa" Budak - budak kelas gua sambung jawab. Kuat pulak tu.
"Kalau kita lihat sekarang , Bahasa Inggeris mula menjadi bahasa pengan . . . . "
"tarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr" Punya panjang diorang ni jawab. Kalah budak darjah 4.
bla bla bla , pot pet pot pet , bla bla bla . .
"Kesimpulannya , kita dapat lihat di sini bahasa sememangnya merentas . . . "
"DESAAAAAAAAAA"
Cilakak. Pecah perut. Berair mata. Segala perasaan ketawa membuak-buak.
P/S : Gua rasa budak yang jawab tu memang selalu menang acara kejar mengejar dengan cikgu zaman sekolah berhingus dahulu kala .
6 Pengkomenian:
mu mmg budak paling jeng di sekolah dulu.. Skrg ni penyangak kimia jatuh kepada, Sape murid2? AAAAAAAAAAA... FFFFFFIIIIIIFFFFFFFFFF.... hahahahaha.. terbaik bro..
hihi..kelakar la..anta cikgu ni g hunry gurney ok gak..hehe..nice sharing..
@Muslimin Ibnu Hassan
menatey amarrr . . haha
@KaSiH ILLAHI
aa . . kenapa anta enry gurney pulak ek . . ? haha . . xpaham la plak . .
cikgu2 cm arfif ni mmg layak anta kt sne..ckgu kepala jeng..hihi..jarang jumpa ckgu kimia cmni..bgus2..Insya'Allah murid2 hepi bljar kimia in BM..hik3.. (xfhm,buat2 fhm jela..ishk...)
ha...hahahaha..ha!ha!
*kekurangan vocab.
Post a Comment