Saturday 24 September 2011

Soalan lah Sangat

Pernah tak korang diajukan soalan yang memerlukan kesungguhan, istiqamah, keiltizaman, kegampangan, dan perah otak gila - gila untuk jawab ? Kalo korang tanya gua, gua pernah. gua PERNAH beb !

Waktu itu waktu malam. Dalam lepas isyak. Lepas gua wirid, doa mintak ampun maaf, mintak dimurahkan rezeki dan mintak jodoh cepat, terus gua capai laptop then bukak pesebukk. Dah on. Bukak Musang Api. Masuk pesebukk.com. Pantang kuar status baru , LIKE gua tekan. Maaf kepada fren - fren gua yang kena LIKE statusnya. Tengah - tengah syiokk LIKE status - status mangsa gua ;

* tettteretttetttettttetretttt . . . .

Monday 12 September 2011

Semester Baru lah Sangat

Oke.

Semester baru. Azam baru. Awek baru. Kalau boleh semua nak baru. Tapi jangan nak semua baru sangatlah. Ingat - ingatlah sikit pada yang lama. Gua tengok member - member beli barang baru. Terbaikkkk. Bukak semester baru macam sambut Hari Raya , beli barang baru. Ada apa hal ? Hak diorang. Gua nak ucap selamat jaga lah barang  korang yang baru tu.


Bila semester baru ni , memang patut korang ushar adik - adik junior yang baru masuk nih. Bukan ape. Sudah lumrah manusia suka benda/orang baru. Ushar je. Kalo rasa nak tackle, tackle-lah kome. Gua cadangkan sliding tackle terus. Baru syiokk.


Senior - senior pun masa ni memang terbaik untuk menunjukkan keperihatinan korang. Punya baiklah kan sampai kepala paip rosak yang patut plumber baiki , korang punya nak tunjuk hero pi baiki gak. Bak kata pepatah , like rat fixing the pumpkins.


Senior lah sangat. Konon.


 

Sunday 4 September 2011

Raya Lagi lah Sangat


Raya , raya dan raya lagi.


Seperti biasa , raya tahun ni sama saja seperti raya tahun - tahun sebelumnya. Acara wajib dah dapat gua agak. Memang tak boleh tinggal. Raya anda pasti suram tanpa 'benda' tersebut. Gua pasti. Sure. Yakin Boleh. 101% gua konfiden.


Acara wajib yang gua maksudkan bukan lagi duduk sila beramai - ramai makan mengunyah ketupat palas ketupat nasik sambil mengumpat walhal baru je mintak maaf tadi dan bukan lagi acara masa terpantas habiskan kuih raya dalam bekas kuih.